Thursday, August 4, 2011

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Assalammualaikum...

Pejam Celik harini dah hari ke 4 kite sambut Ramadhan.  Hope takde yg tergelincir lagi kecuali if ade alasan munasabah la ye..Kalo xde tu..tolong2 la penuhkan pose.. bukan slalu dapat pose sebulan kan..Bulan ni kire Allah dah bg peluang kite rebut sebanyak mungkin pahala.  

Okaylah, kali ni nak share ckit ilmu yg tak seberapa ni.  bg kowang2 yg maybe kurang pasti, ni adelah antara sebab2 pose leh terbatal. Same2lah kite share ilmu ni kay..Slamat berpose sume...

Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara di bawah ini :
1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan sengaja .
3. Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) .
4. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.
5.Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium   dan sebagainya.
6. Kedatangan haid atau nifas.
7. Gila walaupun hanya sekejap masa. 
8. Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
9. Bersalin.
10. Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari.
11. Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan   atau perbuatan.

No comments:

Post a Comment