Thursday, March 23, 2017

Sekadar Berkongsi: Resepi Ayam Masak Kicap Simple

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Mak Lang tengah good mood harini. So, rasa nak post lagi satu citer. Anyway, bagi yang kenal ML, memang dah tau betapa ML ni tak pandai masak. Pegang sudip pun jarang. Maka setelah menjadi puan untuk kali kedua ni, ML tetapkan pendirian untuk belajar masak and memasak untuk suami.

Seronok rupanya bila tengok suami makan bertambah. Walaupun PL bukan jenis yang dok puji-puji masakan bini, tapi ML nampak wajah puas ati dia dengan air tangan ML. Bila PL puas ati, maka ML bertambah-tambah la puas hati. :)
Ayam Masak Kicap Simple Versi Mak Lang :)

So harini ML nak share resepi ayam masak kicap simple yang ML buat untuk PL. Harus diingat, ML ni tersangatla amatur. Maka resepi ni memang untuk beginner. Kalau korang acah2 dah hebat, jangan kecam ML k. So, mari kite start!! #excited

Bahan2:

  • 3-4 ketul ayam, dipotong ikut selera (tak banyak sebab makan berdua)
  • 2-3 ulas bawang merah
  • 1-2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu Pes cili (kalau nak pedas tambah lagi ikut suke)
  • Kicap secukupnya (ML pakai kicap kipas udang)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak
  • Air

Cara2:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia bagi hancur
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali yang telah dipanaskan bersama minyak.
  3. Masuk kan pes cili dan tumis sehingga pecah minyak. 
  4. Masukkan ayam dan gaul bagi sebati.
  5. Agak-agak ayam macam da masak, masukkan kicap secukupnya dan tambah sedikit air (ikut selera nak pekat atau cair).
  6. Jangan lupa tambahkan sedikitkan garam.
  7. Biarkan sehingga ayam masak. 





Cuba try test okay..

p/s: 1st marriage ML memang jarang masak sebab stay dengan mertua yang ada bibik. Maka, 80% masakan adalah dimasak oleh bibik, 10% beli kat luar 7% Mak mertua masak, 3% baru ML pegang sudip. Tu pun sekadar mengoreng nuggets.. Nampak tak betapa tak bijaknya ML kat dapur ni dahulu? huhuhu...

Kejutan Syawal: Kami Bertunang Jua

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Agak terlewat post kali ini..tidak disengajakan senanya. Mak Lang (ML) cube cari gambar hari pertunangan ML dengan PL. Alangkah sedihnya, takde satu pun yang tinggal. Baru ML ingat, gambar2 tu ML save kat dalam phone je and phone tu da rosak. Maka sume gambar dalam tu hilang skali. ML cube cari gambar dalam Facebook pun tak jumpe. Silap ML juga, masa tunang rtu ML warning kawan2 jangan upload gambar tunang ML. Sebab taknak heboh2. Huhuhu...

Ok, dapat jumpa satu je gambar. Tapi gambar PL memang xjumpe.huhuhu


Anyway, hari pertunangan ML masa dalam bulan Syawal. Family ML memang dah biasa buat open house setiap tahun maka tahun tersebut ML buat majlis tunang sekali. Tapi ML tak bagitahu kawan-kawan pun yang open house tu bukan sekadar jamuan makan2 raya. Sangat seronok senanya, bila tengok expression kengkawan bila dorang dapat tau open house tu merangkap majlis tunang ML. huhuhu..

ML sangat terharu sebab PL angkut hampir semua kaum keluarga dia datang. By the way, itulah kali pertama ML jumpa adik beradik PL. Alhamdulillah, kehadiran ML dalam hidup PL direstui oleh kedua pihak. Betul kata orang, kalau da jodoh.., segalanya nampak mudah. Alhamdulillah..., Sampai sekarang ML tak henti-henti bersyukur.

Monday, March 13, 2017

Kali Pertama: Pertemuan Pak Lang dengan Adamz Family

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Kali pertama pertemuan Pak Lang (PL) dengan keluarga Mak Lang (ML) is actually sesuatu yang tak terancang. Kebetulan PL and son datang ke Shah Alam untuk uruskan kemasukan Politeknik. Kebetulan pula adik ML masuk hospital untuk knee surgery.

Waktu ni, everytime PL datang Shah Alam, beliau akan naik public transport je sebab tak mahir jalan KL katanya. So, hari tersebut, ML nak g jenguk adik ML kat hospital seksyen 19 (Hospital Salam kalau tak silap). Masa ni, memang ML rancang nak park kete tepi restoren sebelah hospital tu and suruh PL & son stay situ sementara ML masuk tengok adik kat ward. Reasonsnye adalah sebab belum ready nak bagi kenal family lagi masa tu. huhuhuhu

Takdir Allah kan..Masa ML park kete (which is betul2 depan restoren), elok je Adamz family (parents, abang and adik perempuan ML) tengah duduk mengeteh mengadap tempat ML park kete. Masa tu, ML pun 'terpaksa' introduce PL kat semua yang ada. Parents agak terkejut tapi dorang wat muke selamba je. Dan takde pun dorang tanya PL bukan2 maybe sebab keadaan restoren tu bising and kepala masing2 lebih pikir hal anak dorang yang kena tahan ward tu.

Selepas pertemuan tu, ML pun confront dengan mama. ML bagitahu yang ML dah ada 'kawan' dan 'kawan' ML tu nak jumpa family untuk kenal lebih rapat. Alhamdulillah, mama tak kisah and suruh ML arrange time yang sesuai untuk PL datang berkenalan.

Malam dimana PL dengan gentlemannye menyunting ML 

After discuss dengan PL, memandangkan Ramadhan dah dekat time tu, so PL mintak nak berbuka poser sesama Adamz family + bersuai kenal sekali. Maka ML pun arrange la tempat makan yang sesuai. Tiba hari yang dijanjikan...., lagi sejam nak jumpe Adamz family, tetibe PL ajak singgah kedai emas. ML agak pelik time tu. Lebih pelik bila PL pilih cincin belah rotan and siap suruh ML try muat or tak kat jari tambun ML.

On the way nak jumpe Adamz family, PL ngaku kat ML dia nak hubungan ini dipandang lebih serius. Dia xnak main2. Demi Allah, time ni ML kagum, terpana and berdebar bila dengar PL kata gtu.

Maka, waktu makan makan tu, dia bercakap dengan Papa ML tentang hajat dia. Cincin tadi dia bg pada papa. Ayat PL kat papa lebih kurang macam ni..

"Pak cik, tujuan saya jumpa rini pertama sebab saya nak rasa berbuka poser dengan keluarga pakcik, yang kedua sebab saya nak minta restu pakcik untuk ambil Shikin sebagai isteri saya. Cincin ni hanya sebagai tanda. Kalau family pakcik restu, saya akan arrange family saya untuk datang risik cara yang betul mengikut adat.."

Dan malam tu juga ML disoal siasat oleh Adamz family tentang PL. Setelah berpuas ati, dan confirm ML pun setuju, maka papa and mama suruh PL arrange kan keluarga PL untuk datang merisik secara proper. Alhamdulillah..Mudahkan??

Tuesday, February 21, 2017

The New Chapter Begin's

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Lebih setahun Mak Lang (ML) mencari diri setelah kehilangan arwah. Akhirnya one day, ML buat keputusan untuk memulakan semula hidup ini.



1st step, ML start mengupdate semula resume dan start cari keje baru. 2nd step, ML try cari buyer untuk kete arwah yg sebenarnya atas nama ML. Sayang memang sayang tapi to be honest, kete tu lebih sesuai untuk mereka2 yg pandai tentang perihal kereta coz da byk modified. Apelah yg ML tau pasal kete ni kan? Setakat pam tayar kat stesen minyak tu reti ler.

"Every STory Has An End, But In Life..,
Every End Its Just A New Beginning.."
Dalam pada ML sibuk mengupdate diri ML sendiri, takdir ALLAH, ML dipertemukan dengan Pak Lang (PL). Ramai yang tertanya-tanya bagaimana detik pertemuan kami. ML lebih suka jika versi sebenar pertemuan kami disimpan oleh kami sendiri :). #janganmarahya

Dari kenalan, menjadi sahabat dan PL lah yang banyak membantu ML dalam proses jual beli kereta. Kalau ML teruskan niat nak berdikari masa proses jual beli kereta dulu, maybe ML da rugi lebih dari 5K. huhuhu.. Sampai sekarang ML rasa berterima kasih sangat kat PL.

Kereta baru, kerja baru, dan ML akhirnya membuka hati ML buat PL. Alhamdulillah, keluarga ML restu akan hubungan kami. Next post nanti, ML story kisah kali pertama pertemuan PL dengan keluarga ML ya.

Saturday, February 18, 2017

This is ME, The New ME!

Assalammualaikum dan salam sejahtera...,

Mak Lang (ML) pasti ramai yang ingat blog ni dah terkubur. #macampopular #perasanlebih

Ye, ML dah lama tak jenguk blog ni..
Ye, ML dah lama x update citer baru kat blog ni..
Ye, ML tau blog da x valid untuk ML #sukatila
Ye, ML tau followers blog ML memang takat tu je..

Tapi tetibe harini ML rasa berkobar-kobar nak menghidupkan kembali blog ni. Kalau korang pernah jenguk blog ni b4 #adeke? Mesti korang perasan yang ML dah bagi blog ini wajah baru memandangkan ML pun sudah jauh berubah.



Sebelum ML start bercerita kembali, ML usha balik last post ML dalam blog ni which is 3years ago. Wow!! Jadi, jangan terkejut kalau korang tengok gambar kat sebelah ni ML tengah pakai baju pengantin. Yup! ML da memulakan hidup baru dengan Pak Lang #PL #myhusband. Tapi ML masih tak lupa untuk doakan kesejahteraan arwah Syafiq #my1sthusband. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin..

Banyak yang ML nak dan akan share from time to time. Just wait for my updates ya.. #excited