Friday, December 20, 2013

Setelah Enam Bulan Berlalu, Sejak Hari Itu....

20.6.2013 pagi itu aku bangun seperti biasa. Mandi dan besiap ke pejabat seperti hari2 kebiasaanku.  Tidak pernah kusangka, tarikh ini hidupku akan berubah sepenuhnya.  Itulah hari terakhir aku menatap wajah suamiku, bergurau dengannya, dan mengucup tangannya.
Profile picture FB arwah yang ditukar beberapa jam sebelum dia pergi.  Selepas tukar profile picture ni dia hantar message pada aku "cantik tak profile pic baru b?" dan aku balas "cantik..cantik sgt isteri b.." :')
Hari ini.., setelah enam bulan dia pergi..., perasaan itu masih sama.. rindu itu masih membara.. Aku tahu, hidup di dunia ini hanyalah pinjaman.  Aku bersyukur sebenarnya, kerana sejak hari itu, aku dapat lihat siapa sahabat, siapa kawan, siapa keluarga..
Siapa sangka gambar sesimple ini adalah gambar yang paling-paling aku rindui~
Masih terngiang2 lagu ini..setiap kali aku merajuk..dan setiap kali kalau kami pergi karaoke.. inilah lagu yang dia akan nyanyikan untukku..


Mengenali suamiku, aku mendidik diri ini supaya lebih matang, sabar dan tabah.  Dan setelah dia pergi, dia masih mengajar aku erti sabar, tabah dan matang dalam menilai pelbagai perkara.

Selama enam bulan, acapkali aku ditanya adakah aku OK?
Adakah aku sudah moved on?
Adakah aku masih menangisi?
Adakah aku masih mengingati?
Adakah aku pernah didatanginya dalam mimpi?
.........Dan setiapkali ditanya, hanya senyuman yg mampu kuberikan...

Tak perlu bertanya sayang.. kerana sesungguhnya tiada jawapan yang mampu aku berikan..

Cuma doa dari kalian yang aku pinta.., untuk bekalannya disana dan untuk kekuatanku disini..
Terima kasih untuk setiap saat perkenalan kita suamiku...
Hargailah mereka yang ada disisi kamu.. Kerana kita tak kan tahu apa yang terjadi pada hari esok..

Terima kasih keluargaku dan keluarga mertuaku.. Atas segala2nya...
Keluarga En Adam.. terima kasih menyokong diri ini supaya terus tabah


Keluarga En Adnan.. terima kasih kerana masih menerima diri walaupun setelah kepergiannya
Cintailah Cinta.. 
Demi Allah SWT aku masih merindui dia.. semua perkara-perkara kecil dan besar yang pernah dia lakukan untukku... sentiasa aku ingati.. dan tidak akan aku lupai..

Arwahyarham Haji Mohd Syafiq b. Haji Md Haniff
23.10.1985-20.06.2013
Al-Fatihah





Monday, December 16, 2013

Memori Tercipta; Terima Kasih Sahabat..

Secara jujur, tidak semua perkara kita mampu bercerita dengan keluarga.  Bukan kerana tidak mempercayai mereka.  Cuma kadang kala, berkongsi dengan rakan sebaya itu lebih menyenangkan.

Kenapa ek? Maybe sebab pemikiran yang hampir sama so ada sesetengah perkara kita tak perlu explen secara detail dengan mereka.  Mereka dah lebih dari faham...

Ini yang terjadi kepada aku.  Malah, suamiku, Mohd Syafiq sebelum kami bercinta.., bertunang.., dan walaupun setelah berkahwin merupakan sahabat yang aku boleh share almost everything mungkin sebab kami sebaya dan faham antara satu sama lain. 
Mohd Syafiq Md Haniff-sahabat terbaik dan teman hidupku.. Alfatihah suamiku :')

Ade yang kata, sebaik mana pun seorang sahabat, kita masih perlu berhati2 kerana hati manusia ini tidak terduga.  Aku xkan menidakkan kata2 ini sebab kadang2 dengan diri sendiri pun aku boleh memungkiri janji, inikan pula janji dengan insan lain.  But still, aku x begitu ambil pusing dengan kata2 begini kerna aku pasti, aku ada kawan2 yang bergelar sahabat.
Linda; Kami sama2 mengharungi dugaan getir kehilangan insan kesayangan.  Sabar & tabah sebati dlm diri.  Smuga kita sama2 kuat dalam menempuh dugaan ini..

Org kata xbaik amik gmbr bertiga sbb tu aku kasi can makcik bju polkadot tu enterprame(iklan jap)

Maisarah; insan pertama bergelar sahabat ku sejak dari darjah 1.  Persahabatan masih utuh dan InshaAllah akan terus mekar.  
Sahabat dan rakan adalah orang yang berbeza.  Sebab sahabat sentiasa ada walaupun kita dalam keadaan getir dan sukar.  Insan2 ini yang boleh jadi annoying dan adorable dalam masa yang sama.  Alhamdulillah, syukur padaMu Allah,  walaupun aku kehilangan suami, aku masih dikelilingi insan2 yang selayaknya dianugerahkan gelaran sahabat setia..

Ain&Adah; Bukti bahawa persahabatan bukanlah bermakna kita perlukan masa yang panjang utk mengenali,  yg penting keihklasan dan keserasian antara kita.  

Roxyana; sentiasa memahami maksud sahabat. Sentiasa berada disisi.  Tatkala aku hampir terduduk, dialah yg meminjamkan tongkat untukku berpaut.  Honestly aku sgt hargai persahabatan kita ini.. TQVM 
Untuk sahabat2ku, terima kasih masih mampu menahan diri dengan kerenah ku.  Terima kasih pabila sudi meminjam bahu untuk ku menangis, telinga untuk mendegar keluhanku dan hati untuk menerimaku seikhlasnya.. Bak kata omputeh BFF (Best-Fwen-Forever)


nota kaki: Buat sahabat2 yg mengenaliku sejak dari 1985, walaupun perkenalan kite sedetik cuma, aku hargai..aku ingati dan aku syukuri.  Terima kasih untuk segalanya.. (yg xde dlm gambar jgn kecik ati..bukan xingat cuma lupe;p)

Saturday, December 14, 2013

Sekadar Berkongsi: Beza antara Wajib, Haram, Makruh, Harus dan Sunat

Assalammualaikum..

Secara umumnya, setiap perbuatan kita terbahagi kepada 2 samada baik ataupun buruk .  Namun sebagai seorang muslim, kita perlu tahu tentang Hukum Taklifi dimana ianya terbahagi kepada 5 hukum utama:

1. Wajib
2. Haram
3. Makruh
4. Harus
5. Sunat

Maka, apekah beza antara kelima2 hukum nih? Simple je senanya:

Wajib : Buat dapat pahala, tak buat berdosa.
Sunat : Buat dapat pahala, tak buat tak mengapa.
Harus :Buat / tak buat tak mengapa.
Makruh: Buat kemungkinan dapat dosa, tak buat tak mengapa.
Haram:  Buat berdosa, tak buat dapat pahala.

Masih kurang faham? Jom dengar apa kata UAI tentang perbezaan untuk kelima2  hukum ini menerusi topik yang paling mudah difahami iaitu PERKAHWINAN.



nota kakiku
~ yang baik itu datang daripada Allah, yang kurang itu datang dari diri ini.. Jika ada salah dan silap, ampun maaf mohon diberi..  Terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah blog ini.. Smuga sama2 kita memafaatkan ilmu yang ada.. InshaAllah =)


Tuesday, December 10, 2013

Sekadar Berkongsi: Perkara yang Dilarang bagi Wanita Dalam Tempoh Iddah Kematian Suami


Sebelum memulakan, mohon maaf kalau perkongsian ini ada yang tak tepat.  Maklumlah, aku sendiri masih belajar.  Belajar untuk jadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Sesungguhnya kematian suami adalah sesuatu yang sungguh menyakitkan. Kalau tengok perjalanan status relationship
aku kat Facebook tu dia lebih kurang macam nih:-

Single->In Relationship->Engaged->Married->and.......

Sebelum peristiwa ini berlaku pada aku sendiri, Demi Allah, aku tak pernah ambil tahu tentang perkara ini.  Rupanya ada perbezaan antara Iddah bagi wanita yang bercerai hidup dan bercerai mati.  Kerana itu panggilannya juga berbeza.  Wanita yang bercerai hidup dipanggil Cik Jan or Janda.. Dan wanita sepertiku, dipanggil balu.. (yup, aku masih rasa sayu menyebut status ini)
Dalam post ini, aku nak kongsikan serba sedikit apa yang tidak boleh/dilarang untuk dilakukan oleh seorang balu yang kematian suami ini. Harus diingat, tempoh iddah bagi seorang balu adalah
4 Bulan 10 Hari (bukan 3kali bersuci ye..)

Perkara yang dilarang ni tak banyak pon, cuma 5 perkara sahaja.. 
1. Bertunang (secara berterus-terang).
2. Berkahwin.
3. Berhias pada diri atau pakaian.
4. Tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami.
5. Keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu.

Pertama: Bertunang Secara Berterus-Terang
Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun dipinang dengan cara berterus-terang. Namun jika mahu dipinang dengan berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud;

" Tiada larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita. "

Kedua: Berkahwin
Sebagaimana yang telah disebutkan di awal tadi, tujuan iddah adalah untuk memastikan rahim bersih daripada benih suami. Firman Allah s.w.t. yang maksudnya;

" Dan janganlah melakukan ikatan pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya (iddahnya)."

Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang di dalam iddah tidak boleh bernikah sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.

Ketiga: Berhias Dan Berwangi-Wangian Pada Diri Atau Pakaian
Wanita dalam iddah kematian suami wajib menjauhkan diri daripada perhiasan atau berhias sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini menyatakan kesedihan di atas kematian suami dan mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkannya daripada perkara-perkara terlarang serta menghindari fitnah.

Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim;
Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung lebih daripada tiga hari kecuali kerana (kematian) suami. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami tidak boleh memakai celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak boleh menggunakan pewangi, kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit haruman sahaja.
[Lihat penjelasan lanjut dalam Fath al-Bari, jld 9, hlm. 491]

Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami dilarang memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai barang kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih dalam tempoh larangan berkahwin.

Wajib ke pakai baju hitam?
Wanita dalam iddah kematian suami tidak diwajibkan memakai pakaian berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh penduduk dunia. 

Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk dia memakai pakaian berwarna lain.

Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar untuk menghilangkan bau yang busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas habis haidh iaitu digunakan pada faraj. Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan, tetapi jika mahu dipakai untuk kecantikan, maka ia dilarang.
Diwajibkan ke atas wanita untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi, bersyampu, menyabun badan dan lain-lain tetapi hendaklah mengelakkan daripada menggunakan peralatan yang mempunyai wangian atau sekurang-kurangnya wangiannya sangat sedikit

Keempat: Tidur Di Rumah Lain
Larangan ini adalah untuk wanita yang berada di dalam iddah kematian suami dan juga iddah perceraian biasa. Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa masih di dalam ikatan perkahwinan.

Firman Allah s.w.t. ;
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ لا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلا يَخْرُجْنَ إِلا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ لا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَلِكَ أَمْرًا

" Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas. "
[Surah al-Talaq: ayat 1]

Dalil ini adalah untuk semua wanita yang berada di dalam iddah bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang kebinasaan yang jelas' seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang lain.

Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat wanita bernama Furai'ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah s.a.w. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah s.a.w. memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis iddah iaitu empat bulan sepuluh hari.

Sabda baginda s.a.w. maksudnya;
" Tinggallah tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah). "

Kelima: Keluar Dari Rumah Tanpa Tujuan (Keperluan Tertentu)
Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha.

Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya;

" Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya daripada keluar memetik nakhil, maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda; Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik. "

Para fuqaha mengkiaskan hadis ini dengan wanita yang di dalam iddah kematian suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari nafkah kerana tiada orang lain yang menanggung nafkah mereka.


Sebenarnya ada banyak lagi artikel2 berkenaan iddah ini.  Sewaktu diawal tempoh kematian suami, aku sendiri banyak membaca, dan bertanya pada mereka2 yang lebih arif.. Honestly, ada banyak "pantang-larang" yang diberitahu padaku sehingga pada awalnya aku agak keliru. 

Pabila melihat lebih banyak pantang yang berkaitan dengan adat berbanding hukum syarak, maka aku lebih mengikut pada hukum.  Yup, memang kita hidup menjunjung adat namun kperlu kita tahu bahawa hukum Allah itulah yang kita wajib ikuti. 

Bagiku simple, ISLAM ini tidak kejam kepada umatnya.  ISLAM juga tidak pernah menyusahkan

Dikesempatan ini aku nak berterima kasih pada semua yang always berada disampingku sepanjang aku menjalani tempoh iddah.  Terima kasih buat mereka2 yang sudi membantu aku mencari jawapan jika aku ada persoalan, dan terima kasih juga buat mereka yang sudi menjawab segala kemusykilan aku.  Korang tau sape korang...Sesungguhnya, hanya ALLAH SWT yang dapat membalas jasa kalian.  Terima kasih :')


Monday, December 9, 2013

Ku mohon.. Kau jagalah dirinya..


Assalammualaikum...,
Saje nak share lagu yg menusuk ati dan sanubari ini..Betol kata mamat saleh
"when we happy, we listening to the music but when we sad, we understand the lyrics"..



Bila menghayati bait2 lagu ni.. memang ada sipi2 kena mengena dgn diri sendiri.. Duhai hati.., bersabarlah~  

Jagalah Diri - Jaclyn Victor
Mata kau berhenti menangis

Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana kau takkan kembali


Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa


Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir


Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya


Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir


Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir


Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya


Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya..







Thursday, October 31, 2013

It's been a while after...

Assalammualaikum...

Dah bersawang rupenye blog nih.. Honestly, dah lama x bukak blog sendiri.. Kurang pasti kenapa minat yg berkobar2 b4 ni terpadam sendiri.. Anyway, rasa sayu melihat disebelah kiri entri..


sape sangka gambar secomel ni bisa mengalirkan airmata segelen kalo x cepat2 Istighfar??
Semoga aku tabah menempuh hari2 mendatang.. Itu doaku setiap hari.. Terima kasih Allah, kerana aku berpeluang menjadi isteri kpd seorang lelaki bernama suami..walaupun seketika..walaupun sedetik cuma.. aku pasrah! aku redha! kerna sepanjang 2tahun...3mimggu & 3hari itu.., aku bahagia..

Mama slalu pesan..hidup ibarat roda..Jgn difikir dugaan apa yg datang..bertenang dan bersedialah utk menghadapinya.. InsyaAllah....