Monday, October 31, 2011

08-10-2011

Salamz...

Pagi tu, aku bangun tengok khemah dah dihias cantik...Setiap meja dihias dengan fresh flowers.  Tempat makan beradap pun cantik terhias.  Excited!! Aku asyik kehulu kehilir tengok persiapan akhir untuk majlis.  Langit cerah pagi tu.  Adik aku Ashraf tido lena atas sofa.  Mak aku cakap, mlm tadi dia tak tido jaga khemah,  takot ade org usik or curi..hurmm...teharu plakss...

Pukul 10pagi, sedara mara mula ramai datang.  Aku disuruh sarapan.  (oh mama..sesungguhnya aku lansung tak rasa lapar..dok pikiaq pasai majlis je ni). Aku dah mula panik bila dapat sms dr "Pak Andam" yg bagitahu akan datang lewat sikit 11.30 coz kete rosak.  Hurmm?? 11.30?? Ikutkan aku kena bersanding 12.30, sempat ke???  Dan yang buat semakin paniks bila awan mendung mula muncul di area rumah..  Seminggu dua ni memang musim ujan, segera aku berdoa "kalau nak ujan, gerimis pun xpe..jangan la ujan lebat.".
KISAH KAMI

Pukul 11pagi,  parent dah mula bertanya nape tak bersiap lagi?? nape tak tukar baju?? nape tak makeup??  Aduhai..setiap soalan buat hati makin berdebar..  Pak Andam plak bgtau still lum setel lagi masaalah kete beliau.  Dan suamiku pulak hantar sms, rombongan lelaki dah mula gerak..  Aduhai.., cemasnye rasa.. Di luar, dah dengar lagu2 majlis perkahwinan.  hurmm...DJ Bakar dah sampai (masuk ni kali ketiga family aku guna khidmat Dj Bakar.  Sejak majlis kakak and abang aku lagi).  Aku yakin, Cendol Kak Suhaila (cezenku memang buat biznez cendol), Kambing bakar, and Rojak pun dah setup baik punyaa..  Tiga hidangan tu kira penambah perasa untuk majlis aku hari tuh..Anyway, 11.30 Pak Andam muncul (lega giler2..)  

Tepat 12.30, aku dah bersiap dan dipanggil keluar.  Rombongan lelaki pun dah sampai, paluan kompang semakin kuat kedengaran (kalini kompang betol. huhuhuhu...)  My pengapit, Cik Iena tersenyum simpul memandangku..Selangkah demi selangkah aku menapak..  Dari jauh aku nampak suamiku tersenyum (cover macho).  Aku tak sanggup pandang sekeliling, malu sesangat ase coz terasa sume mata sedang memandang aku.  Tetiba aku rasa suamiku dah berdiri didepan, tangan suamiku kusambut dan kukucup. Langit gelap menandakan ujan akan turun bila2 masa.......Kami pun berarak..Elok je masuk khemah, terus ujan turun dgn agak lebat.(kalo tak berlarila pengantin masuk khemah)

berarak..
Kami terus amik tempat atas pelamin. Ditepung tawar, direnjis dipilis.. dan berposing bagai.  Perut aku dah bernyanyi macam2 lagu tp sebab nak cover ayu..kutahankan saje...  Elok je dengar DJ announce pengantin dijemput keruang makan.. Aku ase macam nak lari tarik tangan suami coz dah lapau sgt (tp idak ler aku buat gitu..control okayh)


posing2
Memandangkan Kambing Bakar diletak berdekatan tempat pengantin makan, maka orang ramai lagi teruja tengok kambing dari pengantin (kecik ati okayh..)  Tapi yg best part, aku tak perlu cover2 makan sangat.  Kira kenyanglah makan time tu.. Suami siap tambah nasi.  huhuhu...

muka dah puas makan..hehehehe

Lepas makan,  kami melayan tetamu yang hadir.. Thanks sesangat pada kawan2 MPS, SMTPD, UITM, RHB, DATACOM, ASSUNTA dan ETC coz sudi datang.  seronok sangat2 jumpe korang lagi.
geng MPS yg da best!!

BFF yg always ade..
antara member yg dah lama tak jumpe (dah lebih 10tahun kot tak jumpe)
my twins and ceben beliau (sedondon okayh)
my bos and cik tunang

Anyway, aku dan suami sempat gak menSUMBANGkan lagu untuk tetamu hari tuh.  Moga2 terhibur (sedapkan??????)
Doa Buat Kekasih Okayh..

Alhamdulillah, walaupun hujan sekejap, majlis tetap berjalan sempurna.  Makanan pun cukup dan tak membazir.  Alhamdulillah...  Aku sangat2 berharap tetamu yang datang berpuas hati dengan majlis aku.  Moga takdelah "RUMAH DAH SIAP, PAHAT BERBUNYI"  :))

07-10-2011 part 2

Salamz...

Lambat plak rentetan majlis aku ni..Maaflah, disebabkan beberapa faktor.. Aku "terlewat" mengupdated blog sendiri. Hik..hik...

Okay, Back to MyBigDAy~

Setelah sah aku bergelar isteri kepada Syafiq Haniff suamiku, malamnya bermula lah aturcara berinai kecil.  Pada mulanya aku tak rancang  pun ak buat majlis berinai.  Tapi ramai yg cakap tak meriah plak if takde majlis berinai.  So, mengambil pendapat dari pelbagai pihak, last minit aku setuju untuk buat majlis berinai kecil.  Simple ceremony tapi ofcoz meriah dgn kehadiran sanak saudara. **wink.wink**

Memandangkan aku memang tak plan majlis ni dari awal, so...,segalanya persiapan dibuat last minit.  Majlis tu aku cuma sempat bergaya sepersalinan baju.  Hidangan untuk tetamu pun, mymum cadangkan menu seminggu sebelum majlis.  Tapi Alhamdulillah, majlis tetap berjalan lancar dan PERFECT bg aku.

sewaktu blog ni diupdated, gambar malam berinai belum sempat ditransfer..ni pun cilok cezen aku nyer  gambar dr fb dia..
Honestly, aku memang tak bape pandai tentang aturcara malam berinai.  Time kakak aku kawen dulu, majlis berinai dia cuma dia sensorang posing atas pelamin (coz kakak aku nikah esoknye.secara automatik,mlm berinai tu dia masih belum dapat title isteri).  So, after rombongan pengantin lelaki datang malam tu, kami mainkan bunyi kompang(tak sempat nk cari team kompang last minit).  Dan aku keluar menyambut suamiku, dan kami berdua sama2 berarak ke pelamin, Tetibe ade sorang auntie(sedara papa) announce suruh aku sorang je yg naik atas pelamin n suamiku plak diminta menepung tawar aku diikuyti family sebelah lelaki(sambil suamiku duduk ditepi memerhati..blurr..).  Setelah setel, aku pulak diminta turun dr pelamin, and suamiku plak duduk atas pelamin.  And macam tadi, kali ni aku plak menepung tawar suami diikuti family sebelah aku dan aku duduk ditepi..  Huuurrrmmmmm...Memang macam ni ke???

Anyway, macam yg aku cakap td, walaupun majlis aku rancang last minit, tapi still, berjalan lancar.  Alhamdulillah....

Sunday, October 16, 2011

07-10-2011

07 October 2011.... Akhirnya hari yg dinanti-nantikan tiba.  Perasaan bercampur aduk.  Debaran mmg terasa dari malam td.  Mak andam sampai lebih kurang pukul 11lebih.  Maklumlah, upacara berlansung selepas solat Jumaat.  Bilik pengantin yang memang terhias cantik asyik jd tempat org bertandang tgk aku bersiap.  Almaklumlah pengantin...jd artis la sekejap.. huhuhu..
posing after bersiap..comel kan??

pengapit yg di import khas dr utara..TQ IENA

Mama ku yg THE BEST!!

posing di bilik beradu:)


Tetibe adik aku masuk bagitahu pihak lelaki dah datang dan tengah makan.  Perrgghhh... berdebar sungguh ase.. diluar hujan turun agak lebat.  Aku tak putus2 berdoa moga ujan cepat berhenti supaya majlis tak ditunda.  Alhamdulillah, ujan mula reda dan aku dipanggil keluar dan segera bergerak ke masjid.

Tengah bersiap


berdebar..debar..


Dengan lafaz Bismillah, aku melangkah masuk ke masjid.  Dari luar dah nampak dia duduk bersila mengadap imam dikelilingi saksi dan keluarga.  Aku mencari tempat, duduk tak jauh dari dia.  Aku tahu, dia turut berkongsi rasa debar sepertiku.
kaum keluarga yg hadir

debar..

upacara akad

senyum walaupun dup dap dup dap

:)


mas kahwin digubah indah

seutas rantai sebagai batal air sembahyang

upacara membatal air sembahyang

cincin suasa sebagai ganti

dia suamiku:)

kucupan kasih suamiku

lega..

bersama mama n papaku.. tak lupe sikenit Alisya

keluarga besar suami

posing dr aku dan suami..


Alhamdullillah..akhirnya aku kini bergelar isteri dia.  Dia... Sahabat, Kekasih dan Suamiku... Syafiq Haniff..Semoga Hubungan Kami Berkekalan ke Akhir Hayat.  <3<3

Sunday, October 2, 2011

Seriau..

Salamz..

Hari semakin hampir.  Debaran semakin terase. Mcm2 yg aku rasa skarang.  Debar, Sedih, Takut, Hepy,...

DEBAR=> Baju yg aku fitting tu cantik ke? ade ke org nk dtg majlis aku nanti? Majlis akan berjalan lancar ke?? Hope cuaca okay sepanjang majlis berlansung.  Hope makanan cukup untuk tetamu. 
SEDIH => After diz akan jadi istri org.  Priority pada suami.  Sedeynya nk tinggalkan zaman, bujang but excited nak mulakan kehidupan sebagai istri..

TAKUT => Mampuke aku jadi istri yg baik.  Boleh ke aku jd menantu yg disukai mertua n ipar duai??

GEMBIRA => Tgk persiapan kawen. Tgk wajah2 gembira my mum and dad setiap kali bercerita pasal hal persiapan kawen.

Jemput Datang Ke Majlis Kami:)


Aku cuma berharap, majliz berlansung dgn baik, Semoga tetamu yg datang disertai dgn doa untuk kebahagiaan kami dan semoga hubungan terjalin ini akan sentiasa mekar.  Semuga dijauhkan segala musibah dan kejahatan.  Aminn...