Monday, October 31, 2011

07-10-2011 part 2

Salamz...

Lambat plak rentetan majlis aku ni..Maaflah, disebabkan beberapa faktor.. Aku "terlewat" mengupdated blog sendiri. Hik..hik...

Okay, Back to MyBigDAy~

Setelah sah aku bergelar isteri kepada Syafiq Haniff suamiku, malamnya bermula lah aturcara berinai kecil.  Pada mulanya aku tak rancang  pun ak buat majlis berinai.  Tapi ramai yg cakap tak meriah plak if takde majlis berinai.  So, mengambil pendapat dari pelbagai pihak, last minit aku setuju untuk buat majlis berinai kecil.  Simple ceremony tapi ofcoz meriah dgn kehadiran sanak saudara. **wink.wink**

Memandangkan aku memang tak plan majlis ni dari awal, so...,segalanya persiapan dibuat last minit.  Majlis tu aku cuma sempat bergaya sepersalinan baju.  Hidangan untuk tetamu pun, mymum cadangkan menu seminggu sebelum majlis.  Tapi Alhamdulillah, majlis tetap berjalan lancar dan PERFECT bg aku.

sewaktu blog ni diupdated, gambar malam berinai belum sempat ditransfer..ni pun cilok cezen aku nyer  gambar dr fb dia..
Honestly, aku memang tak bape pandai tentang aturcara malam berinai.  Time kakak aku kawen dulu, majlis berinai dia cuma dia sensorang posing atas pelamin (coz kakak aku nikah esoknye.secara automatik,mlm berinai tu dia masih belum dapat title isteri).  So, after rombongan pengantin lelaki datang malam tu, kami mainkan bunyi kompang(tak sempat nk cari team kompang last minit).  Dan aku keluar menyambut suamiku, dan kami berdua sama2 berarak ke pelamin, Tetibe ade sorang auntie(sedara papa) announce suruh aku sorang je yg naik atas pelamin n suamiku plak diminta menepung tawar aku diikuyti family sebelah lelaki(sambil suamiku duduk ditepi memerhati..blurr..).  Setelah setel, aku pulak diminta turun dr pelamin, and suamiku plak duduk atas pelamin.  And macam tadi, kali ni aku plak menepung tawar suami diikuti family sebelah aku dan aku duduk ditepi..  Huuurrrmmmmm...Memang macam ni ke???

Anyway, macam yg aku cakap td, walaupun majlis aku rancang last minit, tapi still, berjalan lancar.  Alhamdulillah....

2 comments: