Monday, August 29, 2011

Ucapan Raya:)


Assalammualaikum...

Harini mungkin hari terakhir kita berpuasa.. Dan harini aku masih disini, di kantor. Walaupun hatini memang dah takde perasaan nak kerja. Tapi memandangkan silap aku yg tak apply cuti, aku redhakan jugak. Sepanjang perjalanan ke kantor td, bertukar2 lagu raya kat radio(DJ ni perli aku ke ape??). Still, aku gagahkan diri jugak melangkah ke kantor. Nasib baik bos aku sudi menghadiahkan HalfDay untuk aku harini. Agaknya dia tengok muka aku dah macam tempoyak je. Hanya Jasad di opis..haha

Untuk entri kali ni, aku khas kan untuk ucapan Hari Raya pada insan2 berikut. Sekarang dah moden, tak payah bg kad raya(dont worry, aku ade kad lain nak bg:)

Parentsku&AdikBradikku:
Kite tau korang sume tgah berhempas pulas berkemas. Sory dapat tolong ckit2 je sebab keje. Petang ni kite IFTAR sesame ye. Slamat Hari Raya:)

En Tunang:
Yg tak bekerja harini sebab kurang sihat. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..(lebih2 kite msg dua je k;p)

Kawan seKantor, BFF, Kawan SeBlogger, Kawan Sekawan etc..:
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Smuga kite memperoleh keberkatan di hari raya ini. Yg perlu bekerja time raya jangan plak terlalu sedey. Redha je.. Yg Balik Kg. Pastikan memandu macam baru dapat lesen P. Last but Not Least, Ampun Maaf dipohon sekiranya ade yg terkurang..jemput2 la kerumah:)
Me n EnTunang (last year Raya)

Terasa terlebih excited plak harini setelah diberi HalfDay. Sesungguhnya mata dok menjeling jam je nih. Hahaha... Salam Aidilfitri:)

Monday, August 22, 2011

Soal Hati

Assalammualikum...

Hi korang, camne dgn persiapan raya?? okay ke??  Aku tengah agak cemas coz gaji tak kuar lg.  Sempat lagi ke nk tukar duit raya? If tak sempat, adik2 n anak2 buahku..jgn salahkan den, salahkan my bos. huhu..

Anyway, beberapa hari kebelakangan ni..byk aku terbaca kisah2 sedih kawan2di FB. Ade yg kekasih curang, suami terkantoi, dan tunang berscandal(opsss!! mcm panaz je post ni)  Anyway, aku ase aku bukan insan yg tepat untuk mengomen tg perkara tersebut.  Cuma ade beberapa perkara yg aku kurang setuju dgn tindakan kawan2. 

Pertamanya, walaupun FB ni kadang2 tempat meluahkan perasaan, tapi jgnlah smpai cite dlm kelambu pun nak dipaparkan untuk bacaan umum.  Mana tau, ape yg kite sangka tu bukan perkara sebenar. Pusing2 kite jugak yang malu.  Dan sekiranya perkara itu benar(mintak2 dijauhkan),dgn cara mengpostkan pada public takkan dapat menyelesaikan masaalah.  Sebaiknya, berbicara dr hati ke hati. Komunikasi itu sgt2 penting.  Takde masaalah yg tak dapat disetelkan dgn izin ALLAH. Percayalah pd ketentuan Nya.



Seorang sahabat aku pulak, belum bertunang, apetah lg berkahwin.  Tp awal2 dah kena control dgn BF.  Semua kawan2 lelaki di FB (termasuk sahabat 1sekolah) diremovedkan dr FB sahabat aku oleh "bakal suami" dia.  Kesian aku rasa. Tapi nak komen lebih2 pun tak boleh.  Dah itu pilihan hatinya..Aku cuma dapat berdoa semoga dia dan lelaki tersebut akan ade sifat percaya dlm hubungan. Kalo awl2 lagi dah xpercaya, hurmmm... macam mane la nanti nak bersama.  tapi percaya sgt pun xleh.  sbb nanti disalah guna plak.  


Sebagai sahabat, aku harap sahabat2 aku yg berkenaan tabah dan sabar menempuh dugaan dlm hubungan ni.  Kadang2 dgn sifat sabar yg akan membantu kite melepasi segalanya.  Sebagai sahabat, aku sentiasa mendoakan yg terbaik pada kawan2 aku..Aminn...

Friday, August 19, 2011

Flower Gurlzz..

Assalammualaikum..

Hai korang..makin lama makin jauh jarak setiap entry kat blog ni kan??  Nak kata busy sgt2 tu idak ler.. cume kengkadang tu xde idea nak nulis ape.  huhuhu...  Tadi aku trime kabar berita dr kedai printing kad.  Alhamdullilah, kad kawen aku dah siap pun.  Cuma tinggal nak ambik jek.  Ntah ape rupenye;)

Slalu kalau g majlis kawen, selain pengantin, flower gurl pun turut menjadi perhatian tetamu.  Majlis aku nanti, dah ade 3org puteri yg akan mengiringi aku.  Entri kali ni, aku kenalkan la sorang2 buah hati pengarang jantung "MakLang" ni:)

Alisya Hana: Si Kakak yg semakin nakal. Pandai berlakon plak tu.  Teringat waktu dia lahir, aku siap ambil EL, MC dan AL.  Maklumlah, anak buah pertama.

Aliah Humairah: Si Adik yg semakin garang.  Suka wat muka innocent.  Takot tgk patong2 kat Shopping Mall.  Pada Tarikh dia lahirlah aku bawak en tunang jumpe dgn parents aku untuk kali pertama.  Masa tu baru berkawan2 lagi:)

Nur Eryna Damia: Semakin petah bercakap.  Celoteh tak henti2, takkan ase bosan melayan si kenit ni.  Suka bergaya, pandai berposing.

Ketiga-tiga ni sangat-sangat aku sayang.  Tiga2 sangat2 comel.  N tiga2 buah hati aku..  Comelkan???
si kakak n adik
si  keletah:)

Monday, August 15, 2011

Shopping Kerrr???

Assalammualaikum...Salam Ramadhan..

Slamat Hari Isnin..Hari yg WAJIB jem..Hari yg org slalu gelarkan sebagai MONDAY BLUES.  Kesian..tak pasal2 ISNIN yg jd mangsa.  Tapi ade gak betolnye..coz skang ni, mood aku untuk memulakan kerja mmg 0%. huhuhu..

Takmoh cite pasal MONDAY BLUES.  Semalam memandangkan aku n En Tunang OffDay, maka kami berdua  merancang untuk shopping baju raya.  Kalo still ingat post aku http://pinknemo1385.blogspot.com/2011/08/rezeki-di-bulan-ramadahan.html ni la saat yg paling sesuwai untuk menghabiskan kepingan2 voucher tuh. huhuhu..  Kebetolan adik en tunang pun nak follow skali.  So, cantek sgtlah tu.

Seawal pukul 9.30 pagi En Tunang dah sampai depan umah.  Oppsss!! ni bukan sebab overexcited ye. Ni adalah langkah2 untuk mengelak JEM and mengamuk di tempat parking kete.  hahaha.. Nway, 1st destinasi kami adalah di OU.  Memang time aku sampai, rambang mata nak parking kat mane.  Pintu Parkson pun tak bukak lagi. Very Derrr kan?? huhuhu.. 

Dekat OU, kami cr barang2 adik En Tunang jek.  Tp disebabkan susah nk cari size untuk adik, kami decide untuk berhijrah ke Sunway Piramid plak.  Mata aku dah terbayang2 pintu masuk Jusco(walaupun kat OU pun ade Jusco).

Sampai Piramid lebih kurang pukul 12lebih.  Kereta dah mula byk, manusia, agak ramai. So, kami meneruskan sesi mensopping barang2 adik. Alhamdulillah..dapat gak setelkan hal dia setelah pusing 2-3kali.  Dah setel barang dia, turn aku pulak melangkah masuk ke Jusco.  Pusing 3-4 kali, try 2-3 baju..hurmmm...akhirnya aku balik tanpa membeli ape2 pun.  JJ Voucher aku pun masih slamat lagi kat dalam wallet.  Maybe sebab dah penat pusing cari barang adik, so untuk mencari barang sendiri dah tak bape nak bernafsu.  hahaha..  Takpela, baru 15 Ramadhan. huhu..

Tapi still aku berpuas hati coz dapat beli brg untuk majlis batal air sembahyang nanti.  Aku beli cincin suasa untuk bakal suami and dibalas rantai oleh en tunang.  Untuk mewujudkan elemen suprise..so, gambar2 tersebut tidak akan aku postkan slagi lum tiba masanya:) 
Luv You En Tunang..

Friday, August 12, 2011

Makanan Top di Bazar Ramadhan

Assalammualaikum...

Harini dah hari ke-12 rupenye kite berpose.  Sekejap je kan? Skang ni kalau g Shopping Mall dah leh dengar  lagu raya..huhu.. Sepanjang 12 hari berpose ni, baru 2kali aku berkesempatan g bazar Ramadhan.  Walaupun best, tapi aku slalu elak g bazar sebenarnye.  Sebab kalo pergi, mesti terlebih berbelanja. nafsu2x..
Anyway, smalam aku berkesempatan g Bazar Ramadhan dekat Klang.  Sangat meriah dan sgt byk gerai2.  Tapi bila tengok2 balik, accually juadah yg dijual lebih kurang je.  So, kat cni aku nak share beberapa juadah yg ada kat Bazar Ramdhan.  Sebab pe aku kate FOFULAR?? Coz kalo g Bazar tu, adalah 3-4 gerai jual juadah ni.  Harga pun lebih kurang. Rasa??? Hurmmm...



ROTI JOHN

NASI KERABU

NASI AMBANG

BUBUR LAMBUK

MURTABAK

OTAK-OTAK

TEPUNG PELITA

TALAM

POPIA BASAH

AYAM PERCIK

Memandangkan aku menaip entri nie after berbuka.  So xdela terasa sgt.  Esok sebelum berbuka aku nak bukak balik post ni.. Kompem terliuq.. haha... Kepada korunk yg sempat berterawikh, Slamat Berterawikh.  Aku masih di Kantor. Isk2 (T-T)


Saturday, August 6, 2011

Rezeki Di Bulan Ramadahan

Assalammualaikum..

Disebabkan Pose tahun ni start 1hb ikut calendar bese.  So sgt senang kite nak tau dah bape hari kite berpose kan?? Maklumlah, kehidupan seharian kite tak berpandukan calendar Hijrah ni and lebih kepada calendar biasa. (aku lupe term untuk calendar biasa ni)

Alhadullillah, rezki bulan Ramadhan, semalam aku dianugerahkan Award sebagai Best Agent untuk 4th Quartely Award.  Sebagai hadiah, aku dapat sijil dan voucher Jusco RM200.  Tapi disebabkan aku takde smalam(bercuti).  En Tunang wakil amikkan award tu untuk aku.  Sepatutnye dapat gak trophy tp ntah nape, kali ni dorang bg voucher ngan sijil je.  Tapi takpe la, aku lagi teruja dapat voucher tu dr trophy.  Almaklumlah nak raya ni.  Leh gak wat tambah2 baju raya sehelai dua. Makin berkobar2 ase perasaan nak bersopping nih.  huhuhu.

Anyway, smalam aku bercuti.  Mak aku pon join skali amik cuti.  Tujuan utama adelah untuk menyetelkan bil2 utilities dan mengservis kete ku.  Alang2 dah ade kat luar, kitorang decide untuk g berbuka kat luar je.  Papa and adik pompuan aku pun nak menjoin and tempat pilihan kat Belanga Empire Subang Mall. Not bad la makanan dia. Harga pun okay(lgpun org blanje..huhu). Yang penting perut kenyang..hati senang..huhuhu..

Laksam: sgt marveless..(makan dgn sambal belacan)

Nasi Tumpang :Macam nasi pulut. tapi sgt sedap

Nasi Lemak Ayam Berempah: sambal dia sangat2 maveles. nasi lemak dia pun xla berlemak. very nice

Terliuq kan tgk?? Hope pasni ade lah lagi rezeki terpijak camni=) Aminnn...

Thursday, August 4, 2011

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Assalammualaikum...

Pejam Celik harini dah hari ke 4 kite sambut Ramadhan.  Hope takde yg tergelincir lagi kecuali if ade alasan munasabah la ye..Kalo xde tu..tolong2 la penuhkan pose.. bukan slalu dapat pose sebulan kan..Bulan ni kire Allah dah bg peluang kite rebut sebanyak mungkin pahala.  

Okaylah, kali ni nak share ckit ilmu yg tak seberapa ni.  bg kowang2 yg maybe kurang pasti, ni adelah antara sebab2 pose leh terbatal. Same2lah kite share ilmu ni kay..Slamat berpose sume...

Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara di bawah ini :
1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan sengaja .
3. Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) .
4. Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani.
5.Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium   dan sebagainya.
6. Kedatangan haid atau nifas.
7. Gila walaupun hanya sekejap masa. 
8. Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
9. Bersalin.
10. Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari.
11. Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan   atau perbuatan.