Thursday, January 9, 2014

Pelik bin Ajaib; Kunci Kereta Ajak Bergurau

Assalammualaikum... Awal minggu ni, aku mengalami situasi yang bukanlah mistik tapi agak fening gak bila pikir2 balik..

Anyway, kisah terjadi hari isnin petang.  Aku baru balik dari kerja.  Memandangkan hujung minggu aku balik rumah family kat S.Alam, so hari Isnin tu memang banyak sedikit beg2 yang aku kena angkat.  Masuk rumah, aku kemas2 barang, mandi, solat, makan, tidur~

Selasa paginya, waktu aku nak pergi kerja, baru aku sedar alarm kereta aku takde kat tempat yg aku biasa letak.  Sudah!! Mana perginya?? Puas aku seluk poket seluar yang aku pakai semalam, atas tilam, bawah katil still xjumpe.  Memandangkan aku dah lewat nak ke office, maka aku biarkan dulu.  Pintu kereta aku buka secara manual.  Pagi2 aku dah kejutkan jiran tertangga dengan bunyi bising alarm kereta sebab buka secara manual.

FYI, alarm kete ni dah "terpisah" dengan anak kunci kereta sejak dari arwah suami ada lagi. Pernah tanya kat kedai kunci, kalau nak buat baru mcm mana.  Taukey kedai cakap mahal sebab alarm cobra (aku ingat ular je dipanggil cobra).  Ade setting ape ntah! Technical part, aku jarang ambil tahu.  Lagipun masa tu arwah ada.. dia yang pandai part2 nih :')

Nama sy "COBRA" takot x?? Cer tengok bebetol..ekor saya da putus :(
Sambung balik, sampai opiz, aku geledah beg tangan aku. Semua barang dalam beg aku keluarkan satu persatu untuk pastikan aku x missplace alarm tu.. Tak ada! Takpe, aku tenangkan hati, maybe tercicir dalam bilik tidur.  Aku pujuk ati, balik kang kite cari lagi k..  Sambil tu mulut ni tak putus2 berdoa semoga benda tu aku jumpa cepat.  Aku siap gugel bacaan doa kalau barang hilang.  (bila jadi benda macam ni baru nak cari doa2 kan..humm)

Sampai rumah, aku cari keliling tempat parking kereta, masih xjumpa.. Masuk bilik, puas aku cari setiap sudut bilik aku. Masih tak ada.  Aku beralih ke ruang tamu, dapur, toilet sampai tempat kasut pun aku cari.., still xjumpe.  Aku selongkar lagi beg tangan aku.. Puas semua poket beg aku seluk..Xde!!! Akhirnya, aku amik wudhuk, kebetulan azan maghrib, sesudah solat, aku buat bacaan Yassin dengan niat semuga dipermudahkan urusan aku.  Aku putuskan sambung mencari esok pagi plak!! Tak lena tido aku malam tu...

Pagi Rabu, aku buat tawaf lagi sekeliling bilik n rumah.. Masih tak jumpe... Longlai je langkah aku ke opiz pagi tu.. Sampai depan pc, aku try selongkar balik handbag aku and guess what???

Alarm tu ada!! Dah jumpa!! 

Ajaibnya...elok je terletak dalam handbag aku yang aku da selongkar 3-4kali sebelum ni.  Macam tak terusik kedudukan die.. Pelik, memang pelik tp cepat2 aku ucap syukur.., doa aku didengari. Allah permudahkan urusan aku.. Alhamdulillah~

A: Tempat alarm dijumpai..Senang je nampak kan??
B: Tempat kebiasaan kunci n alarm disimpan..Siap Zip!!

Bila pikir2 memang pening.  Tapi aku pikir positif je.  Maybe aku yang rabun kot.  huhu.. ape2 pun, ada gak hikmahnya benda yang terjadi ni.  Baru aku tahu tokey dulu tu tipu. Boleh je tukar casing alarm tu.  Memang aku nak g buat A.S.A.P!!  taknak pisang berbuah lagi.. :)


Dah jumpe dengan ahli keluarga..Gembira..Pasni nak cari casing baru..
p/s: korang pernah alami tak situasi cam ni??

Saturday, January 4, 2014

Selamat Tinggal Kenangan; 2014 Cabarlah Aku!!

2013- Terlalu banyak cerita, terlalu banyak dugaan. Bermula dengan keindahan, berliku di pertengahan dan penuh pengajaran disepanjang perjalanan. Ya, hidupku tidak terhenti disini. Selagi diberi peluang olehNya untuk ku terus bernafas di bumi pinjaman Allah ini, akan aku teruskan sedaya yang mampu. Aku masih kehausan doa dan tunjuk ajar dari kalian. Semoga diri ini terus tabah dimasa akan datang..

~ memori ini takkan pernah padam, akan disimpan dan dijaga serapi mungkin. Langkah kuatur perlahan, penuh harapan berserta doa.. semoga 2014 bakal mengukir kenangan semanis impian.. InshaAllah~
Kata2 itu telah aku paparkan di FB aku sendiri awal tahun baru yang lalu..  
Tak sangka kurang dari 10hari aku akan berumur 29tahun.. 
Jika tahun lepas, aku bagaikan boleh menarik nafas lega dengan keadaan diri sendiri.  
Jikalau aku masih mampu tersenyum 
tatkala hati merintih, itu bukti
kekuatan diri ini..
Aku telah berkahwin, mendapat kerja yang baik, kesihatan yang baik dan sebagainya..  
Walaupun sewaktu itu, aku masih belum dikurniakan zuriat, aku masih gembira dengan diri dan keadaan aku.

Tahun ini, aku kembali sendiri.. 
Owh tidak~ ini bukanlah suatu keluhan! 
Sekadar peringatan untuk diri ini supaya tidak mudah berasa selesa dengan keadaan yg sedia ada.  
Aku masih belum berputus asa dengan diri ini..
Hidup masih diteruskan! 
Aku masih memiliki keluarga, sahabat dan teman2 yang sentiasa menyokong aku..

Jadi 2014~ cabarlah aku dengan apa saja dugaan! 
Aku yakin aku mampu menempuhnya.. 
Allah bersamaku, dan aku pasti selagi aku masih memiliki agama teragung ini, aku boleh menempuh apa jua rintangan dan dugaan!


Aku yakin aku boleh!!