Friday, December 20, 2013

Setelah Enam Bulan Berlalu, Sejak Hari Itu....

20.6.2013 pagi itu aku bangun seperti biasa. Mandi dan besiap ke pejabat seperti hari2 kebiasaanku.  Tidak pernah kusangka, tarikh ini hidupku akan berubah sepenuhnya.  Itulah hari terakhir aku menatap wajah suamiku, bergurau dengannya, dan mengucup tangannya.
Profile picture FB arwah yang ditukar beberapa jam sebelum dia pergi.  Selepas tukar profile picture ni dia hantar message pada aku "cantik tak profile pic baru b?" dan aku balas "cantik..cantik sgt isteri b.." :')
Hari ini.., setelah enam bulan dia pergi..., perasaan itu masih sama.. rindu itu masih membara.. Aku tahu, hidup di dunia ini hanyalah pinjaman.  Aku bersyukur sebenarnya, kerana sejak hari itu, aku dapat lihat siapa sahabat, siapa kawan, siapa keluarga..
Siapa sangka gambar sesimple ini adalah gambar yang paling-paling aku rindui~
Masih terngiang2 lagu ini..setiap kali aku merajuk..dan setiap kali kalau kami pergi karaoke.. inilah lagu yang dia akan nyanyikan untukku..


Mengenali suamiku, aku mendidik diri ini supaya lebih matang, sabar dan tabah.  Dan setelah dia pergi, dia masih mengajar aku erti sabar, tabah dan matang dalam menilai pelbagai perkara.

Selama enam bulan, acapkali aku ditanya adakah aku OK?
Adakah aku sudah moved on?
Adakah aku masih menangisi?
Adakah aku masih mengingati?
Adakah aku pernah didatanginya dalam mimpi?
.........Dan setiapkali ditanya, hanya senyuman yg mampu kuberikan...

Tak perlu bertanya sayang.. kerana sesungguhnya tiada jawapan yang mampu aku berikan..

Cuma doa dari kalian yang aku pinta.., untuk bekalannya disana dan untuk kekuatanku disini..
Terima kasih untuk setiap saat perkenalan kita suamiku...
Hargailah mereka yang ada disisi kamu.. Kerana kita tak kan tahu apa yang terjadi pada hari esok..

Terima kasih keluargaku dan keluarga mertuaku.. Atas segala2nya...
Keluarga En Adam.. terima kasih menyokong diri ini supaya terus tabah


Keluarga En Adnan.. terima kasih kerana masih menerima diri walaupun setelah kepergiannya
Cintailah Cinta.. 
Demi Allah SWT aku masih merindui dia.. semua perkara-perkara kecil dan besar yang pernah dia lakukan untukku... sentiasa aku ingati.. dan tidak akan aku lupai..

Arwahyarham Haji Mohd Syafiq b. Haji Md Haniff
23.10.1985-20.06.2013
Al-Fatihah





6 comments:

  1. Sedihnya...alfatihah buat arwah syafiq

    ReplyDelete
  2. Sedih bila baca entry ni Kin. Semoga Ikin terus kuat dan sentiasa dibawah lindungan Nya. Al-fatihah buat arwah Syafiq, dia mmg seorang kawan yg baik dan suka menghiburkan kawan2 dgn lawak2 nya diwaktu kami stress bekerja dulu.

    ReplyDelete