Tuesday, December 10, 2013

Sekadar Berkongsi: Perkara yang Dilarang bagi Wanita Dalam Tempoh Iddah Kematian Suami


Sebelum memulakan, mohon maaf kalau perkongsian ini ada yang tak tepat.  Maklumlah, aku sendiri masih belajar.  Belajar untuk jadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Sesungguhnya kematian suami adalah sesuatu yang sungguh menyakitkan. Kalau tengok perjalanan status relationship
aku kat Facebook tu dia lebih kurang macam nih:-

Single->In Relationship->Engaged->Married->and.......

Sebelum peristiwa ini berlaku pada aku sendiri, Demi Allah, aku tak pernah ambil tahu tentang perkara ini.  Rupanya ada perbezaan antara Iddah bagi wanita yang bercerai hidup dan bercerai mati.  Kerana itu panggilannya juga berbeza.  Wanita yang bercerai hidup dipanggil Cik Jan or Janda.. Dan wanita sepertiku, dipanggil balu.. (yup, aku masih rasa sayu menyebut status ini)
Dalam post ini, aku nak kongsikan serba sedikit apa yang tidak boleh/dilarang untuk dilakukan oleh seorang balu yang kematian suami ini. Harus diingat, tempoh iddah bagi seorang balu adalah
4 Bulan 10 Hari (bukan 3kali bersuci ye..)

Perkara yang dilarang ni tak banyak pon, cuma 5 perkara sahaja.. 
1. Bertunang (secara berterus-terang).
2. Berkahwin.
3. Berhias pada diri atau pakaian.
4. Tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami.
5. Keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu.

Pertama: Bertunang Secara Berterus-Terang
Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun dipinang dengan cara berterus-terang. Namun jika mahu dipinang dengan berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud;

" Tiada larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita. "

Kedua: Berkahwin
Sebagaimana yang telah disebutkan di awal tadi, tujuan iddah adalah untuk memastikan rahim bersih daripada benih suami. Firman Allah s.w.t. yang maksudnya;

" Dan janganlah melakukan ikatan pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya (iddahnya)."

Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang di dalam iddah tidak boleh bernikah sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.

Ketiga: Berhias Dan Berwangi-Wangian Pada Diri Atau Pakaian
Wanita dalam iddah kematian suami wajib menjauhkan diri daripada perhiasan atau berhias sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini menyatakan kesedihan di atas kematian suami dan mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkannya daripada perkara-perkara terlarang serta menghindari fitnah.

Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim;
Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung lebih daripada tiga hari kecuali kerana (kematian) suami. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami tidak boleh memakai celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak boleh menggunakan pewangi, kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit haruman sahaja.
[Lihat penjelasan lanjut dalam Fath al-Bari, jld 9, hlm. 491]

Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami dilarang memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai barang kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih dalam tempoh larangan berkahwin.

Wajib ke pakai baju hitam?
Wanita dalam iddah kematian suami tidak diwajibkan memakai pakaian berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh penduduk dunia. 

Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk dia memakai pakaian berwarna lain.

Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar untuk menghilangkan bau yang busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas habis haidh iaitu digunakan pada faraj. Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan, tetapi jika mahu dipakai untuk kecantikan, maka ia dilarang.
Diwajibkan ke atas wanita untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi, bersyampu, menyabun badan dan lain-lain tetapi hendaklah mengelakkan daripada menggunakan peralatan yang mempunyai wangian atau sekurang-kurangnya wangiannya sangat sedikit

Keempat: Tidur Di Rumah Lain
Larangan ini adalah untuk wanita yang berada di dalam iddah kematian suami dan juga iddah perceraian biasa. Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa masih di dalam ikatan perkahwinan.

Firman Allah s.w.t. ;
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ لا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلا يَخْرُجْنَ إِلا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ لا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَلِكَ أَمْرًا

" Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas. "
[Surah al-Talaq: ayat 1]

Dalil ini adalah untuk semua wanita yang berada di dalam iddah bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang kebinasaan yang jelas' seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang lain.

Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat wanita bernama Furai'ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah s.a.w. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah s.a.w. memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis iddah iaitu empat bulan sepuluh hari.

Sabda baginda s.a.w. maksudnya;
" Tinggallah tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah). "

Kelima: Keluar Dari Rumah Tanpa Tujuan (Keperluan Tertentu)
Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha.

Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya;

" Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya daripada keluar memetik nakhil, maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda; Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik. "

Para fuqaha mengkiaskan hadis ini dengan wanita yang di dalam iddah kematian suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari nafkah kerana tiada orang lain yang menanggung nafkah mereka.


Sebenarnya ada banyak lagi artikel2 berkenaan iddah ini.  Sewaktu diawal tempoh kematian suami, aku sendiri banyak membaca, dan bertanya pada mereka2 yang lebih arif.. Honestly, ada banyak "pantang-larang" yang diberitahu padaku sehingga pada awalnya aku agak keliru. 

Pabila melihat lebih banyak pantang yang berkaitan dengan adat berbanding hukum syarak, maka aku lebih mengikut pada hukum.  Yup, memang kita hidup menjunjung adat namun kperlu kita tahu bahawa hukum Allah itulah yang kita wajib ikuti. 

Bagiku simple, ISLAM ini tidak kejam kepada umatnya.  ISLAM juga tidak pernah menyusahkan

Dikesempatan ini aku nak berterima kasih pada semua yang always berada disampingku sepanjang aku menjalani tempoh iddah.  Terima kasih buat mereka2 yang sudi membantu aku mencari jawapan jika aku ada persoalan, dan terima kasih juga buat mereka yang sudi menjawab segala kemusykilan aku.  Korang tau sape korang...Sesungguhnya, hanya ALLAH SWT yang dapat membalas jasa kalian.  Terima kasih :')


2 comments:

  1. INGIN CEPAT JADI JUTAWAN YUK MARI GABUNG SEKARANG JUGA

    KharismaPokerMenjadiSitusBandarQOnlineTerprcayaIndonesia
    Promo yang diberikan :
    Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
    Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan DANAMON.
    Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.
    Online 24 jam setiap hari meskipun hari libur nasional.
    Link Alternatif Kharismapoker :
    www.khpk288.net
    www.kharismapkr.com
    www.kharismaqiu.com
    CS nya yang ramah , siap melayanani anda 24 jam
    Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya (seumur hidup)
    Bonus CASHBACK 0.3- 0,5% setiap hari
    Contact resmi kharismaPoker :

    Telp :+85588278896
    BBM;dc7cdd80
    WA: +85588278896

    ReplyDelete
  2. Baru saya faham tentang iddah😊Terima kasih atas perkongsian yang bermakna ini✨

    ReplyDelete