Monday, March 13, 2017

Kali Pertama: Pertemuan Pak Lang dengan Adamz Family

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Kali pertama pertemuan Pak Lang (PL) dengan keluarga Mak Lang (ML) is actually sesuatu yang tak terancang. Kebetulan PL and son datang ke Shah Alam untuk uruskan kemasukan Politeknik. Kebetulan pula adik ML masuk hospital untuk knee surgery.

Waktu ni, everytime PL datang Shah Alam, beliau akan naik public transport je sebab tak mahir jalan KL katanya. So, hari tersebut, ML nak g jenguk adik ML kat hospital seksyen 19 (Hospital Salam kalau tak silap). Masa ni, memang ML rancang nak park kete tepi restoren sebelah hospital tu and suruh PL & son stay situ sementara ML masuk tengok adik kat ward. Reasonsnye adalah sebab belum ready nak bagi kenal family lagi masa tu. huhuhuhu

Takdir Allah kan..Masa ML park kete (which is betul2 depan restoren), elok je Adamz family (parents, abang and adik perempuan ML) tengah duduk mengeteh mengadap tempat ML park kete. Masa tu, ML pun 'terpaksa' introduce PL kat semua yang ada. Parents agak terkejut tapi dorang wat muke selamba je. Dan takde pun dorang tanya PL bukan2 maybe sebab keadaan restoren tu bising and kepala masing2 lebih pikir hal anak dorang yang kena tahan ward tu.

Selepas pertemuan tu, ML pun confront dengan mama. ML bagitahu yang ML dah ada 'kawan' dan 'kawan' ML tu nak jumpa family untuk kenal lebih rapat. Alhamdulillah, mama tak kisah and suruh ML arrange time yang sesuai untuk PL datang berkenalan.

Malam dimana PL dengan gentlemannye menyunting ML 

After discuss dengan PL, memandangkan Ramadhan dah dekat time tu, so PL mintak nak berbuka poser sesama Adamz family + bersuai kenal sekali. Maka ML pun arrange la tempat makan yang sesuai. Tiba hari yang dijanjikan...., lagi sejam nak jumpe Adamz family, tetibe PL ajak singgah kedai emas. ML agak pelik time tu. Lebih pelik bila PL pilih cincin belah rotan and siap suruh ML try muat or tak kat jari tambun ML.

On the way nak jumpe Adamz family, PL ngaku kat ML dia nak hubungan ini dipandang lebih serius. Dia xnak main2. Demi Allah, time ni ML kagum, terpana and berdebar bila dengar PL kata gtu.

Maka, waktu makan makan tu, dia bercakap dengan Papa ML tentang hajat dia. Cincin tadi dia bg pada papa. Ayat PL kat papa lebih kurang macam ni..

"Pak cik, tujuan saya jumpa rini pertama sebab saya nak rasa berbuka poser dengan keluarga pakcik, yang kedua sebab saya nak minta restu pakcik untuk ambil Shikin sebagai isteri saya. Cincin ni hanya sebagai tanda. Kalau family pakcik restu, saya akan arrange family saya untuk datang risik cara yang betul mengikut adat.."

Dan malam tu juga ML disoal siasat oleh Adamz family tentang PL. Setelah berpuas ati, dan confirm ML pun setuju, maka papa and mama suruh PL arrange kan keluarga PL untuk datang merisik secara proper. Alhamdulillah..Mudahkan??

No comments:

Post a Comment