Tuesday, February 21, 2017

The New Chapter Begin's

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Lebih setahun Mak Lang (ML) mencari diri setelah kehilangan arwah. Akhirnya one day, ML buat keputusan untuk memulakan semula hidup ini.



1st step, ML start mengupdate semula resume dan start cari keje baru. 2nd step, ML try cari buyer untuk kete arwah yg sebenarnya atas nama ML. Sayang memang sayang tapi to be honest, kete tu lebih sesuai untuk mereka2 yg pandai tentang perihal kereta coz da byk modified. Apelah yg ML tau pasal kete ni kan? Setakat pam tayar kat stesen minyak tu reti ler.

"Every STory Has An End, But In Life..,
Every End Its Just A New Beginning.."
Dalam pada ML sibuk mengupdate diri ML sendiri, takdir ALLAH, ML dipertemukan dengan Pak Lang (PL). Ramai yang tertanya-tanya bagaimana detik pertemuan kami. ML lebih suka jika versi sebenar pertemuan kami disimpan oleh kami sendiri :). #janganmarahya

Dari kenalan, menjadi sahabat dan PL lah yang banyak membantu ML dalam proses jual beli kereta. Kalau ML teruskan niat nak berdikari masa proses jual beli kereta dulu, maybe ML da rugi lebih dari 5K. huhuhu.. Sampai sekarang ML rasa berterima kasih sangat kat PL.

Kereta baru, kerja baru, dan ML akhirnya membuka hati ML buat PL. Alhamdulillah, keluarga ML restu akan hubungan kami. Next post nanti, ML story kisah kali pertama pertemuan PL dengan keluarga ML ya.

Saturday, February 18, 2017

This is ME, The New ME!

Assalammualaikum dan salam sejahtera...,

Mak Lang (ML) pasti ramai yang ingat blog ni dah terkubur. #macampopular #perasanlebih

Ye, ML dah lama tak jenguk blog ni..
Ye, ML dah lama x update citer baru kat blog ni..
Ye, ML tau blog da x valid untuk ML #sukatila
Ye, ML tau followers blog ML memang takat tu je..

Tapi tetibe harini ML rasa berkobar-kobar nak menghidupkan kembali blog ni. Kalau korang pernah jenguk blog ni b4 #adeke? Mesti korang perasan yang ML dah bagi blog ini wajah baru memandangkan ML pun sudah jauh berubah.



Sebelum ML start bercerita kembali, ML usha balik last post ML dalam blog ni which is 3years ago. Wow!! Jadi, jangan terkejut kalau korang tengok gambar kat sebelah ni ML tengah pakai baju pengantin. Yup! ML da memulakan hidup baru dengan Pak Lang #PL #myhusband. Tapi ML masih tak lupa untuk doakan kesejahteraan arwah Syafiq #my1sthusband. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin..

Banyak yang ML nak dan akan share from time to time. Just wait for my updates ya.. #excited


Tuesday, April 8, 2014

Aku Wanita

Assalammualaikum..

Kesibukkan diri dengan tugasan harian sering membuatku kekurangan masa untuk diri sendiri apatah lagi mengupdated kembali blog kesayangan ini. 
Sebenarnya begitu mudah untuk kita berubah menjadi lebih baik dari semalam, tetapi yang paling sukar adalah untuk terus maintain atau istiqamah.  Itulah yang terjadi pada diri ini, selalu lalai dan alpa.  Berkobar-kobar pada permulaan, baru suku perjalanan, diriku sudah mula goyah.  MasyaAllah~

Coretan aku kali ini lebih kepada luahan hati.  Perginya suami mengadap ilahi terlebih dahulu dari ini bagaikan satu tamparan hebat buatku.. Sesungguhnya janji Allah itu pasti!  Yang hidup pasti akan pergi jua suatu hari nanti.  Menanti di alam roh untuk ditentukan nasib di Padang Masyar tatkala sangkakala berbunyi.

Seringkali aku bertanya pada diri, cukupkah bekalan aku disana? Adakah insan yang sudi mendoakan kesejahteraan aku jika aku tidak bernafas lagi? Atau.. mampukah aku bersendirian sehingga diri ini dijemput Allah? 

Sesungguhnya, Allah menjadikan wanita itu dari tulang rusuk seorang lelaki kerana itu wanita itu perlu didampingi, dilindungi, dan  disayangi.  Begitu Allah menyayangi kaum wanita sehingga Dia tidak mahu wanita itu bersendirian sejak dari mereka lahir. 


Bismillahhirrahmannirrahim...
Ya Muhawilal Akhwat ( yang Maha mengubah keadaan), (Khawwil akhwalana) ubahlah keadaan kami (Illa akhsanil haq) ke keadaan yang lebih baik
Hasbunnallah wani’mal wakil, ni’mal maula wa ni’mal nashir ( Cukuplah Allah sebagai wakilku, cukuplah Allah sebagai penolongku)

La haula walakuwata illa billahil alliyyil adzim.. Amin Ya Robbal Alamin..

Saturday, February 22, 2014

Perginya Mereka yg Kami Kasihi.., Alfatihah

Assalammualaikum..

Pejam celik, kita akan meninggalkan bulan Febuari.  Permulaan tahun baru ini, aku dikejutkan dengan pemergian bapa mertuaku, arwah Aznan Abu Hasan.  Arwah pergi pada 29 Januari 2014.  Setelah 7bulan 9hari daku ditinggalkan suami..

Pagi itu, sewaktu mak mertua hubungiku beritahu suaminya telah pergi.. aku tergamam, terpaku.. Tertanya pada diri sendiri, kenapa secepat ini kami diuji lagi? Kenapa dengan cara yang sama mereka pergi?

MasyaAllah, hampir aku menyalahkan takdir, sepantas kilat aku istighfar, aku hampir lupa janji Allah itu pasti.. Aku hampir lupa setiap yg berlaku ada hikmah yang tersembunyi.. Ya Allah, ampunkan aku.. sesungguhnya aku redha dengan setiap ujianMu. Hampir sebulan kejadian itu berlalu.. Namun bagiku rasanya bagaikan baru semalam terjadi.  

Yup, sejujurnya aku tidaklah terlalu akrab dgn arwah bapa mertuaku.. Namun aku tahu betapa dia seorang suami, bapa dan bapa mertua yang baik dan sangat bertanggungjawab.  Semoga roh arwah papa Aznan, papa Md Haniff dan suamiku Mohd Syafiq ditempatkan dikalangan mereka2 yang dirahmati Allah.. Smuga damailah mereka disana.... Alfatihah~



"Kadangkala Allah hilangkan matahari dan Dia turunkan hujan petir.. Lalu kita tertanya-tanya di manakah matahari, rupanya Allah ingin beri kita pelangi indah...."

......akan kunanti hadirnya pelangi  indah itu

Thursday, January 9, 2014

Pelik bin Ajaib; Kunci Kereta Ajak Bergurau

Assalammualaikum... Awal minggu ni, aku mengalami situasi yang bukanlah mistik tapi agak fening gak bila pikir2 balik..

Anyway, kisah terjadi hari isnin petang.  Aku baru balik dari kerja.  Memandangkan hujung minggu aku balik rumah family kat S.Alam, so hari Isnin tu memang banyak sedikit beg2 yang aku kena angkat.  Masuk rumah, aku kemas2 barang, mandi, solat, makan, tidur~

Selasa paginya, waktu aku nak pergi kerja, baru aku sedar alarm kereta aku takde kat tempat yg aku biasa letak.  Sudah!! Mana perginya?? Puas aku seluk poket seluar yang aku pakai semalam, atas tilam, bawah katil still xjumpe.  Memandangkan aku dah lewat nak ke office, maka aku biarkan dulu.  Pintu kereta aku buka secara manual.  Pagi2 aku dah kejutkan jiran tertangga dengan bunyi bising alarm kereta sebab buka secara manual.

FYI, alarm kete ni dah "terpisah" dengan anak kunci kereta sejak dari arwah suami ada lagi. Pernah tanya kat kedai kunci, kalau nak buat baru mcm mana.  Taukey kedai cakap mahal sebab alarm cobra (aku ingat ular je dipanggil cobra).  Ade setting ape ntah! Technical part, aku jarang ambil tahu.  Lagipun masa tu arwah ada.. dia yang pandai part2 nih :')

Nama sy "COBRA" takot x?? Cer tengok bebetol..ekor saya da putus :(
Sambung balik, sampai opiz, aku geledah beg tangan aku. Semua barang dalam beg aku keluarkan satu persatu untuk pastikan aku x missplace alarm tu.. Tak ada! Takpe, aku tenangkan hati, maybe tercicir dalam bilik tidur.  Aku pujuk ati, balik kang kite cari lagi k..  Sambil tu mulut ni tak putus2 berdoa semoga benda tu aku jumpa cepat.  Aku siap gugel bacaan doa kalau barang hilang.  (bila jadi benda macam ni baru nak cari doa2 kan..humm)

Sampai rumah, aku cari keliling tempat parking kereta, masih xjumpa.. Masuk bilik, puas aku cari setiap sudut bilik aku. Masih tak ada.  Aku beralih ke ruang tamu, dapur, toilet sampai tempat kasut pun aku cari.., still xjumpe.  Aku selongkar lagi beg tangan aku.. Puas semua poket beg aku seluk..Xde!!! Akhirnya, aku amik wudhuk, kebetulan azan maghrib, sesudah solat, aku buat bacaan Yassin dengan niat semuga dipermudahkan urusan aku.  Aku putuskan sambung mencari esok pagi plak!! Tak lena tido aku malam tu...

Pagi Rabu, aku buat tawaf lagi sekeliling bilik n rumah.. Masih tak jumpe... Longlai je langkah aku ke opiz pagi tu.. Sampai depan pc, aku try selongkar balik handbag aku and guess what???

Alarm tu ada!! Dah jumpa!! 

Ajaibnya...elok je terletak dalam handbag aku yang aku da selongkar 3-4kali sebelum ni.  Macam tak terusik kedudukan die.. Pelik, memang pelik tp cepat2 aku ucap syukur.., doa aku didengari. Allah permudahkan urusan aku.. Alhamdulillah~

A: Tempat alarm dijumpai..Senang je nampak kan??
B: Tempat kebiasaan kunci n alarm disimpan..Siap Zip!!

Bila pikir2 memang pening.  Tapi aku pikir positif je.  Maybe aku yang rabun kot.  huhu.. ape2 pun, ada gak hikmahnya benda yang terjadi ni.  Baru aku tahu tokey dulu tu tipu. Boleh je tukar casing alarm tu.  Memang aku nak g buat A.S.A.P!!  taknak pisang berbuah lagi.. :)


Dah jumpe dengan ahli keluarga..Gembira..Pasni nak cari casing baru..
p/s: korang pernah alami tak situasi cam ni??

Saturday, January 4, 2014

Selamat Tinggal Kenangan; 2014 Cabarlah Aku!!

2013- Terlalu banyak cerita, terlalu banyak dugaan. Bermula dengan keindahan, berliku di pertengahan dan penuh pengajaran disepanjang perjalanan. Ya, hidupku tidak terhenti disini. Selagi diberi peluang olehNya untuk ku terus bernafas di bumi pinjaman Allah ini, akan aku teruskan sedaya yang mampu. Aku masih kehausan doa dan tunjuk ajar dari kalian. Semoga diri ini terus tabah dimasa akan datang..

~ memori ini takkan pernah padam, akan disimpan dan dijaga serapi mungkin. Langkah kuatur perlahan, penuh harapan berserta doa.. semoga 2014 bakal mengukir kenangan semanis impian.. InshaAllah~
Kata2 itu telah aku paparkan di FB aku sendiri awal tahun baru yang lalu..  
Tak sangka kurang dari 10hari aku akan berumur 29tahun.. 
Jika tahun lepas, aku bagaikan boleh menarik nafas lega dengan keadaan diri sendiri.  
Jikalau aku masih mampu tersenyum 
tatkala hati merintih, itu bukti
kekuatan diri ini..
Aku telah berkahwin, mendapat kerja yang baik, kesihatan yang baik dan sebagainya..  
Walaupun sewaktu itu, aku masih belum dikurniakan zuriat, aku masih gembira dengan diri dan keadaan aku.

Tahun ini, aku kembali sendiri.. 
Owh tidak~ ini bukanlah suatu keluhan! 
Sekadar peringatan untuk diri ini supaya tidak mudah berasa selesa dengan keadaan yg sedia ada.  
Aku masih belum berputus asa dengan diri ini..
Hidup masih diteruskan! 
Aku masih memiliki keluarga, sahabat dan teman2 yang sentiasa menyokong aku..

Jadi 2014~ cabarlah aku dengan apa saja dugaan! 
Aku yakin aku mampu menempuhnya.. 
Allah bersamaku, dan aku pasti selagi aku masih memiliki agama teragung ini, aku boleh menempuh apa jua rintangan dan dugaan!


Aku yakin aku boleh!!

Friday, December 20, 2013

Setelah Enam Bulan Berlalu, Sejak Hari Itu....

20.6.2013 pagi itu aku bangun seperti biasa. Mandi dan besiap ke pejabat seperti hari2 kebiasaanku.  Tidak pernah kusangka, tarikh ini hidupku akan berubah sepenuhnya.  Itulah hari terakhir aku menatap wajah suamiku, bergurau dengannya, dan mengucup tangannya.
Profile picture FB arwah yang ditukar beberapa jam sebelum dia pergi.  Selepas tukar profile picture ni dia hantar message pada aku "cantik tak profile pic baru b?" dan aku balas "cantik..cantik sgt isteri b.." :')
Hari ini.., setelah enam bulan dia pergi..., perasaan itu masih sama.. rindu itu masih membara.. Aku tahu, hidup di dunia ini hanyalah pinjaman.  Aku bersyukur sebenarnya, kerana sejak hari itu, aku dapat lihat siapa sahabat, siapa kawan, siapa keluarga..
Siapa sangka gambar sesimple ini adalah gambar yang paling-paling aku rindui~
Masih terngiang2 lagu ini..setiap kali aku merajuk..dan setiap kali kalau kami pergi karaoke.. inilah lagu yang dia akan nyanyikan untukku..


Mengenali suamiku, aku mendidik diri ini supaya lebih matang, sabar dan tabah.  Dan setelah dia pergi, dia masih mengajar aku erti sabar, tabah dan matang dalam menilai pelbagai perkara.

Selama enam bulan, acapkali aku ditanya adakah aku OK?
Adakah aku sudah moved on?
Adakah aku masih menangisi?
Adakah aku masih mengingati?
Adakah aku pernah didatanginya dalam mimpi?
.........Dan setiapkali ditanya, hanya senyuman yg mampu kuberikan...

Tak perlu bertanya sayang.. kerana sesungguhnya tiada jawapan yang mampu aku berikan..

Cuma doa dari kalian yang aku pinta.., untuk bekalannya disana dan untuk kekuatanku disini..
Terima kasih untuk setiap saat perkenalan kita suamiku...
Hargailah mereka yang ada disisi kamu.. Kerana kita tak kan tahu apa yang terjadi pada hari esok..

Terima kasih keluargaku dan keluarga mertuaku.. Atas segala2nya...
Keluarga En Adam.. terima kasih menyokong diri ini supaya terus tabah


Keluarga En Adnan.. terima kasih kerana masih menerima diri walaupun setelah kepergiannya
Cintailah Cinta.. 
Demi Allah SWT aku masih merindui dia.. semua perkara-perkara kecil dan besar yang pernah dia lakukan untukku... sentiasa aku ingati.. dan tidak akan aku lupai..

Arwahyarham Haji Mohd Syafiq b. Haji Md Haniff
23.10.1985-20.06.2013
Al-Fatihah